IKLAN BANNER RM20-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 13, 2009

Sokong Pakatan Rakyat atau sentimen "Asal Bukan Umno" (ABU)? | Nizar News



Oleh ABU FIRDAUS

Benarkah banyak orang mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 kerana bukan sangat menyokong PAS, DAP atau KeADILan, tetapi sebab menolak Umno? Maknanya mereka memilih tidak kira siapa asalkan calon pilihan raya itu bukan Umno. Asal bukan Umno atau ABU.

Disebut sebagai asal bukan Umno dan bukannya asal bukan Barisan Nasional kerana kebencian dan kemarahan pengundi, tidak kira Melayu, Cina atau India, pada Umno. Justeru, mereka menyokong PAS, DAP atau KeADILan.

Hakikatnya kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 mempunyai banyak faktor. Walaupun terdapat sebahagian pengundi memilih PAS kerana ABU tetapi tentunya tidak semua berbuat demikian.

Ada banyak yang sememangnya memilih PAS kerana mendokong parti itu, serta program-programnya. Atau fahamannya, atau budaya serta para pemimpinnya.

Kalau dilihat setiap kawasan pilihan raya, tidak boleh dinafikan bahawa terdapat calon-calon PAS yang jauh lebih baik daripada Umno dan mereka menang.

Dalam hal ini pengundi memilih calon berkenaan dan bukannya parti. Tidaklah pula mereka memilih seseorang asal bukan Umno. Ini kerana calon itu begitu kuat, walaupun katakan seseorang pengundi tidak begitu cenderung untuk menyokong PAS.

Justeru, dalam memilih calon untuk disokongnya, terdapat banyak faktor yang terlibat. Lain pengundi, lain pula motivasinya. Untuk mengatakan bahawa orang memilih PAS kerana menolak Umno adalah suatu yang simplistik.

Kajian sememangnya boleh dibuat, dan daripada angka-angka itu hendak ditunjukkan bahawa orang muda menolak Umno, dan mereka memilih PAS hanya kerana tidak mahu Umno. Tetapi untuk mengatakannya secara menyeluruh, ia adalah tidak wajar, dan merupakan satu mitos.

Bagi diri penulis, sebagai pendokong PAS sejak tahun 1982, tentunya tidak pernah timbul mengundi parti Islam dalam pilihan raya 2008 kerana menolak Umno.

Sebagai pendokong, PAS jiwa penulis adalah memihak kepada pembangkang. Tidak kira siapa, asalkan ia menolak Barisan Nasional pimpinan Umno. Adakah penulis mengundi sepanjang hidup ini kerana asalkan bukan Umno?

Dalam pilihan raya tahun 1982, di kawasam penulis, yang bertanding ialah DAP, yang dilawan MCA. Penulis sebagai pendokong PAS, iaitu pembangkang memilih DAP. Pada zaman di mana PAS dan DAP menentang dengan keras pada satu sama lain. Semasa itu orang belum terfikir tentang Barisan Alternatif apatah lagi Pakatan Rakyat.

Dari satu segi, sememangnya penulis memilih DAP kerana asalkan bukan BN kerana dokongan adalah pada pihak pembangkang. PAS pula adalah pembangkang. Kawasan itu terus dipegang oleh DAP termasuk dalam pilihan raya umum lalu.

Pada pilihan raya umum 1986, penulis berpindah kawasan. Di kawasan penulis, yang bertanding adalah PAS lawan Umno. Itu mudah kerana penulis memilih PAS, walaupun kalah di kawasan itu. Pada tahun 1990 dan 1995, PAS terus bertanding menentang Umno. Penulis tetap mengundi untuk PAS. Tetapi PAS terus kalah di kawasan itu. Tetapi undi bertambah setiap kali pilihan raya umum pada tahun 1999 dan 2004.

Tetapi pada tahun 2008, buat pertama kali PAS mengalahkan Umno. Adakah pengundi memilih PAS hanya kerana asal bukan Umno? Sedangkan jelas setiap kali pilihan raya umum, undi bagi PAS terus bertambah.



Pada tahun-tahun itu, penulis sudah berpindah kawasan. Di kawasan baru ini, dalam pilihan raya umum tahun 1999 dan 2004, PAS bertanding menentang Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri dan KeADILan di kerusi Parlimen. Seperti biasa penulis memilih PAS dan KeADILan.

Penulis memilih KeADILan bukan kerana ia sekutu PAS. Parti itu dipilih kerana ia adalah pembangkang. Katakan KeADILan memusuhi PAS, penulis tetap memilih KeADILan. Begitu juga kalau DAP yang bertanding. Penulis mengundi DAP. Iaitu kalau PAS tidak bertanding.



Pada tahun 1999, buat pertama kalinya PAS dan KeADILan menang di kawasan-kawasan itu. Dalam pilihan raya tahun 2004, penulis sekali lagi memilih PAS dan KeADILan di kawasan itu. Tetapi kali ini Umno menang untuk kedua-dua kerusi. Namun pada tahun 2008, PAS dan KeADILan menang semula.

Dalam pilihan raya kali ini, anak sulung penulis sudah boleh mengundi. Dia memilih PAS dan KeADILan. Sebab apa? Dia berasa bahawa BN dan Umno sudah tidak wajar diberikan sokongan. Kalau DAP yang bertanding, adakah dia menyokong? Katanya, dia memihak kepada pembangkang. Dan sekarang kepada Pakatan Rakyat. Kalau Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding? Dia memilih parti itu. Adakah pemilihannya kerana asal bukan Umno atau asal bukan BN?

Bagi dia, tidak. Sememangnya dia menolak Umno dan BN. Tetapi dia memilih Pakatan Rakyat bukannya kerana menolak BN. Sememangnya dia menyokong Pakatan Rakyat. Tetapi bukannya PAS, DAP atau KeADILan. Malah bukan kerana pembangkang pun.

Dia memilih PAS, DAP dan KeADILan kerana fahaman parti-parti itu yang segar, bersih dan bebas, walaupun banyak masalah. Apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan, dia gembira kerana akhirnya ketiga-tiga parti itu menyerlahkan fahaman bersama. Baginya ia berbeza daripada BN. Generasi muda sememangnya memilih Pakatan Rakyat, dan bukannya asal bukan Umno.

detikdaily


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Khamis, November 12, 2009

Bersatu tumbangkan BN – Presiden PAS | Nizar News




Oleh: HASHIM ABDULLAH

BENTONG: Parti-parti dalam Pakatan Rakyat diseur bersatu bagi membina kekuatan dalam usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional (BN) jika mahu perubahan politik berlaku demi kesejahteraan rakyat kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Berucap di hadapan ribuan pendengar pada ceramah sempena penutupan rasmi Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Bentong, di Markaz PAS Chegar Medang, dekat sini semalam Presiden PAS itu menambah dengan penyatuan usaha kesemua parti Pakatan Rakyat bekerjasama Umno dan BN akan dapat ditumbangkan dengan lebih mudah.

“Pakatan rakyat mesti bersatu dalam menghadapi Umno BN. Kalau PAS saja bertindak tak boleh berubah. Kalau DAP saja tak boleh, PKR saja tak boleh. Kita mestilah bersatu, “ tegasnya.

Tambah Abdu Hadi, Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu mencapai kemenangan walau pun menghadapi amalan demokrasi yang tidak adil dan berat sebelah.

“Di negara Barat rakyat menjadi hakim bagi menghukum parti pemerintah yang membuat kesilapan. Rakyat mereka cerdik, rakyat menjadi hakim, pilihan raya adalah mahkamah sementara media menjadi saksi yang adil. Di negara kita media berat sebelah. Bagaimana media boleh menjadi saksi kalau berat sebelah.

“Macam main bola, padang mereka disebelah atas kita duduk disebelah bawah. Pintu Gol kita besar, pintu gol dia sempit. Pintu gol kita sudahlah besar, penjaga gol pula diikat kaki. Pintu gol dia buat sempit. Dalam keadaan macam itu pun kita boleh menang, inilah keistimewaan kita. Kalau sama rata dah lama Umno ni bungkus,” katanya disambut sorakan gemuruh para pendengar.

Turut berceramah ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar, Pengerusi PKR Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman.dan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, YB Leong Ngah Ngah.


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Peguam: Wakil BN langgar perlembagaan | Nizar News



Peguam Speaker DUN Kedah, Abd Isa Ismail berhujah bahawa ADUN Kota Siputeh telah melanggar Perkara 51 undang-undang tubuh negeri dengan tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, maka Datuk Abu Hasan Sarif tidak berhak mendakwa beliau masih wakil rakyat BN yang sah.

Sulaiman Abdullah juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh memutuskan sebaliknya kerana ia bertindak di luar bidang kuasanya secara tidak sah dan tidak munasabah apabila enggan mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

Beliau menyenaraikan beberapa keputusan suruhanjaya itu yang didakwa tidak rasional:

* SPR bertindak secara tidak sah apabila ia memutuskan tiada kekosongan bagi kerusi tersebut;

* SPR bertindak secara tidak sah menurut undang-undang, tidak munasabah dan sewenang-wenangnya apabila menerima surat cuti Abu Hasan yang telah ditolak oleh Speaker;

* SPR bertindak secara tidak sah apabila memutuskan Speaker harus merujuk perkara tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Kedah sebelum menguatkuasakan Perkara 51 perlembagaan negeri.

Speaker Kedah mencabar keputusan SPR awal September lalu yang menyatakan kerusi Kota Siputeh tidak kosong kerana Abu Hasan "tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat dalam satu penggal yang sama", selain memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

malaysiakini


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Utusan Menipu | Nizar News

Oleh laniisma

"
Kita dihebohkan dengan seorang lelaki berusia 80-an menikam mati isterinya berusia 73 tahun kerana meminta cerai di Kampung Kuala Sungai, Alor Star. Alahai tok wan, kenapa sedemikian terjadi.


Apa yang menarik di antara laporan akhbar-akhbar utama pada 10 November 2009, Utusan Malaysia(UM) yang paling bijak ‘elat’nya. Jikalau kita perhatikan foto yang disiarkan UM ada sedikit keajaiban. Cuba anda perhatikan lambang BN sudah tiada pada payung tersebut sedangkan ia jelas kelihatan pada akhbar-akhbar lain.

Saya fikir, Utusan fikir orang-orang BN tidak menikam orang, mereka semuanya baik-baik maka tidak layak lambang itu wujud dalam kejadian tersebut atau foto yang diambil jurugambar UM telah menjadi halimunan agaknya.

Kenapa agaknya jurugambar itu tidak mengalihkan sudut semasa mengambil foto, sekiranya tidak mahu lambang tersebut wujud. Ia mungkin tidak menjejaskan apa-apa tetapi bagi mereka yang membuat pemerhatian ia boleh menjejaskan kredibiliti mereka di kalangan pembaca.

Akhbar Kosmo ada sedikit cerdiknya kerana menyiarkan gambar orang ramai berkumpul di tempat kejadian tersebut walaupun ia dari kumpulann akhbar yang sama.

Alahai Utusan Malaysia, kau perkena lagi gitu-gitu macam selalu juga.

Gambar daripada Utusan Malaysia (Meloya)


(Lihat....payung tu kosong kan?)

OK CARI BEZA DENGAN GAMBAR AKHBAR LAIN

The Star



Berita Harian



Daily Chilli

Harian Metro



(Ehhh..kenapa yg lain payung tu ade lambang dacing yer....iskk..iskk..pelikkk)

lihat foto di http://www.ek-ele.co.cc/2009/11/alahaiwanita-ditikam-mati-um-elat-lagi.html

"



Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Sepatutnya kerajaan pusat dapat wang ihsan, bukan Kelantan | Nizar News



Oleh Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Nov 11 — “Sepatutnya kerajaan pusat yang mendapat ihsan daripada negeri, bukan negeri dapat ihsan daripada pusat sebab itu adalah hak negeri.”

Demikian tegas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) selepas menyampaikan kuliah perdana di Masjid Majidiah, Pasir Puteh dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut isu pemberian wang ihsan petroleum yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak minggu lepas.

Mengambil kira fakta perjanjian awal tahun 1970-an berhubung perkara berkenaan, Nik Aziz berkata, keputusan yang dibuat kerajaan pusat adalah terbalik dan bercanggah kerana mengingkari perjanjian yang jelas mengatakan royalti hasil daripada pengeluaran bahan api itu menjadi hak milik mutlak rakyat Kelantan.

Oleh yang demikian tiada sebab kerajaan pusat menukar ganti istilah royalti kepada wang ihsan.

Selain itu, pemberian wang ihsan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) adalah satu perbuatan khianat sedikitpun tidak menunjukkan ciri-ciri keadilan kerajaan pusat dalam menjaga kebajikan rakyat Kelantan.

Perjanjian bayaran royalti sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran petroleum kepada negeri-negeri terbabit termasuk Kelantan dibuat pada awal 1970-an, yang ditandatangani pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah (pada masa itu), selepas dipersetujui Perdana Menteri Tun Abdul Razak.

Kelantan diwakili Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nasir.

Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun ini selepas menerima laporan daripada Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu dengan nilai pertumbuhan sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak 37.5 peratus sejak 2004.

Minggu lalu Najib mengumumkan kerajaan persekutuan akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan dalam bentuk projek pembangunan.

Nik Aziz yang dari dulu mempertahankan bayaran royalti menjelaskan, pada asasnya beliau tidak mengambil kira sangat jenama apa yang ingin gunakan oleh kerajaan pusat asalkan ia dibuat secara telus serta adil mengikut perjanjian sebelum ini.

“Nak guna nama ihsan ke… apa ke, ikut dia lah. Tapi biarlah disalurkan terus kepada kerajaan negeri. Jangan dipolitikkan. Tak betul sebab itu hak rakyat,” katanya.

Nik Aziz turut menjelaskan motif yang tersirat di sebalik tindak-tanduk keputusan Najib menyalurkan pemberian tersebut melalui agensi di bawah pentadbirannya adalah semata-mata untuk menggambarkan kelemahan kerajaan negeri di mata rakyat dalam usaha membangunkan kemajuan negeri.

“Saya yakin rakyat tidak mudah terperangkap dengan jerat kerajaan Umno. Tapi Umno harus berwaspada takut jeratnya itu terkena diri sendiri,” kata beliau sambil menambah, kerajaan negeri akan menjelaskan isu tersebut kepada rakyat secara terperinci.

Pada 4 November lalu, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh kerajaan pusat, namun masih terkilan kerana permintaan bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

“Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ihsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti,” kata beliau dalam reaksi awalnya.

themalaysianinsider


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Blog Archive

PENGHARGAAN